Showing posts with label member eve. Show all posts
Showing posts with label member eve. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

warkah buat Nur Ain Najihah







kemain bunga tajuk entry. pheww. tak sangka aku. okay buat ain yang tengah membaca sesambil tangan banyak kat laptop semata nak reply every single wishes that have been posted in her wall. 
teruskan.  

semalam telah aku sekalian makhluk sekepala plan nak ambush dia. eventhough ambush biasa-biasa je, no eggs, no air longkang and etc. tapi icing cake, air blackcurrent, air paip ada. boleh lah nak buat dia sejuk pukul 11- 12 malam tu. gambar banyak yang azabb nak tengok. lighting bla bla tak cukup. tapi tak kesahlah.
yang penting, berjaya buat dia azabb. habis spray net diorang ganyang. tak cukup muka, badan icing kena tempek. sumpah busuk, nak muntah bau. tak kira lagi yang aku dengan syu lari keliling blok Ibnu Majah kena kejar dengan Ain. erghhhh. exercise free!

ingat nak upload gambar, pastu sekali budak yang lagi satu bilik tu buat video, yang semua gambar diaorang tebeng kat situ, so nayyy. tengok jelah. thankyouuu kerana kerajinan tu. aishh. sempat lagi edit video di musim exam. #terharu padahal bukan birthday aku. ciss!





special thanks kepada yang sudi korbankan masa, tenaga jadi driver kereta untuk aku dan adawiah ke bandar untuk beli cake, and membuang masa. so sorry. #with big heart! bantuan dihargai sangatt. akan diingati sangatsangat. lastly. 

sebelum ain disimbah air.




aku super nakal ke? on the way nak siram air kat ain masa tu. dalam tu, ada icing dengan air blackcurrent. 
haha. okbye! doakan aku. esok baru second paper untuk final. erghh.. masa tolonglah cepat sikit.


Monday, May 14, 2012

second performance at Taman Tamadun Islam




 muehehehe. lama sangat tak update blog ni. twitter, facebook, ym, whatsapp je yang aku duk hadap tiap-tiap hari.  nak nak musim exam dah sipi-sipi dengan aku. alahaii. strees nak mai dah, nak mai dahh. ouh tadi aku baru pergi perform untuk voice of harmony punya team. azabb jugak lah, since kali ni melibatkan Sultan dengan Sultanah Terengganu. (malas nak eja nama panjang diorang seyh, plus aku memang tak ingat )







event ini sempena MASUM, which is stand for majlis sukan something like that la. peringkat universiti. So semua universiti yang ada dalam malaysia ni pakat datang la. untuk yang lambat berfikir, tak la semua wargadiorang tu datang kann. melampauu *nada pondan. hikhikhik >,<
kiteorang pilih lagu "we are the champion" yang tak berapa nak champion sangat. biar kasi rasa sikit semangat sukan tuh walaupun muka yang menyanyi sorang sorang, lari pecut 100meter pon dah pengsan. ada hati nak lawan atlet sukma. perghhh. tersiat hati aku. badan berketul-ketul youu.

Sultanah Nur Zahirah bagi aku cantik la, da bomm. sejak balik terengganu ni, tembam sikit. alahai. tengok ikut tv preview kat backstage, woww jugak lah. nak salam semua memang tak la kann. dengan baju ala-ala waiters. tension aku!
 suprisingly, masa tengah ada umphhh nak nyanyi tu, sekali jeling kat sultanah. perghhh. apa kat tangan dia tu. weh weh wehh. dia rakam seyh.. control! control! ha puuuuu.. haaa puuuu... sedut asap buatan yang menyukarkan pemandangan aku. alhamdulillah, everything gone nicely.





risau ada orang kat belakang. kang mata, hidung, pipi anak orang semua nampak separuh. nanye den.





shaking. okay la, semua nampak senyum. 
#senyuman itu sedekah, tapi kalau untuk mengatal baik tak payah. hikhik. nak jugakkkk!






tunang di tangan 








Monday, April 16, 2012

biarkan masalah di situ seketika


entahlah, kadang-kadang aku rasa, dunia semakin mencabar.
orang boleh berubah mengikut masa yang sememangnya sentiasa berubah.
ewah. tapi serius ah aku rasa gitu. rasa macam.. macamm...
sampai satu tahap,aku dah kosong otak nak fikir apa kejadah nak jadi ni.
 korang pernah rasa tak?
korang rasa kosong, penat, mengeluh pun dengar nafas yang kuat. 
biasa aku lah yang ajar orang, nak lepas sesuatu yang bersarang di otak,
 walaupun secara matang tang tang kau tak kan mampu lah
kan nak lepas masalah kau dengan petik misai je, 
so aku cakap kau sedut la angin.. err. angin?
baiklah oxygen then kau hembus sekuat-kuat hati kau.
baiklah, lets say tercabut jantung kau, jangan condemn aku. tak suruh ikut. tak tak :p 
hehe. haa tapi macam tu lah.
seolah nak bawak otak yang sarat tu pergi bersama angin-angin kentut yang kau nak 
dia cepat-cepat blah dari area kau kan :p
kalau la semudah itu kan. 

orang banyak menipu sana sini. 
berceloteh tak tahu kebenaran ibarat kiamat tu tak akan berlaku. 
budget dunia tak ada penghujungnya.
astarfirullahalazim.

sungguh aku penat kawan.
kalau boleh aku tak nak bias dengan sesiapa. 
otak ni rasa down maha agung fikir ape la nak jadi
syaithon bisik : he'eleh, bukan masalah kau lah shaithon.
aku bisik : eh kalau aku nak ambik pot pun kau ape kesah double syaithon?

aku harap, part yang buruk tu bukan kau, cuma salah satu jalan
kau dapat pahala free-free. untunglah kau :)
dan yang baik, yang selama ni aku kenal kau tu, still adelah kau sampai sekarang.
fi dunya wal akhirah.
 
# kenapa aku menangis. aku tak larat dah bila orang tanya aku macam-macam :'(








Friday, January 13, 2012

handling celupar person




:) confession, yes i am quite talkative person. sometimes yeah im over addicted to it.
hence Allah show me the path, whether sometime i should not doing that for certain cases.
what to say, that's me no matter what.
but then i re-read my old messages with him and there!
i can see how terrible i am.   malu
whatever it is, Allah kan Maha Adil, Bijaksana lagi.
He know what He done.
talkative or the ways we talk reflects our attitude as well.

as the lesson, He give me a present, a friend who just like me, talkative even dare enough to fight with me.
i mean dare to be talkative more than me laa. aishh.but it doesnt mean i randomly talkative to strangers meh.
next,  He tests me by letting me handle the most talkative person, in other words,
"celupar" person. Allah, i even cant tell you how adorable she is.
positive thinking. He is very kind, teached me the way human being cant.

as the conclusion, i need to be patient.
when i impatient with her, i just blahh from that place where i sit.
after i calm myself down, i pop-up back and then chill.
and the cycle repeated almost everyday.
Allah, i hope You give me a lots of strength and my patient will never burst.
bukankah mengawal marah itu lebih baik, and shows how intelligent
and succeed i am can handle my temper.   


p/s : boleh nak cakap banyak, tapi tolong kawal.
we never know the others side could hurt their feeling with you. 
we will never know if we have tomorrow to say 
" i'm sorry friend" 
do you?

Wednesday, December 28, 2011

zaman "teen" nak habis dah


terasa syahdu pulak nak meninggalkan hari-hari terakhir tahun 2011 ni.
this year is my last year as "teen" lepas tu dah start dengan "ty" pulak.
Allah rasa semalam baru minum susu botol cap dutch lady 

hew hew heww. malu pulak nak mengaku. aisehhh. takpe mengimbau nostalgia.
ni la susu kegilaan ramai  aku dulu-dulu. kau ada?
sekarang pulak aku suka minum yang ni.
hidup dutch lady!!
baiklah apa-apa pun aku kena kurangkan ke "childish"an aku.
mana tahu tahun depan jugak aku jadi mak budak. ye dok? 
yeww. tamoh tamoh. haha.
aku ada aim lain lagi. yang tu second.

 makin besar ni, terasa nak berhijrah pulak.
hijrah apa, biar aku je lah pendam.
yang penting ke arah kebaikan. promise. hehe
doakan weh!

kepada sahabat-sahabat,
ingat la balik memori kita bersama.
kalau dulu berteman, make sure ukhwah kita masih lagi macam tu.
sampai bila-bila please, can you?
we are twenty soon dearest.

p/s : tahun baru, dah setahun we are connecting back since primary school.
if he still remembered.  
perjalanan masih jauh.
tapi.
usia hanya angka, yang penting jiwa sentiasa muda remaja ^^,


Monday, December 26, 2011

baru merasa sambut birthday bulan lepas =.=

memang birthday aku kena sambut selepas sebulan lebih ponn.
hehe.haipMonkey Emoticons  Assalamualaikum 

meh nak tunjuk something meh.

aku panggil kek pahit-pahit kat atas.
haha, sumpah pahit yang atas tu, main bedal je evo dengan luq beli.
tapi still thanks to both Monkey Emoticons
tengah syok-syok aku dengan sahrul tunggu 2 makhluk tu ingat pegi settle "hal diaorang"
tengok-tengok tercongok bag paper cake depan mata.




yang kiri sahrul, kanan luqman.tengah-tengah aku tak tahu


*aku agak berisi sejak balik rumah terima kasih

luq tengok cake macam nak telan kan =.=


this one evo ye. a.k.a salwani "brutal"
spesies aku *jarang ditemui



enough. after makan kiteorang pusing-pusingg
hari ni hari krismas so agak crowded seket.berduyun-duyun manusia aku pun heran gak la
entah datang dari ceruk mana.

haha.part ni aku tersaut baju lelaki. menangis malu

gambar ni aku tak tahu masa mana evo or sharul ambik tapi 
kalau akak kedai tu tahu.haha.
eh, asal kat kedai sekarang semua benda tak kasi amek gambar hah? *tension aku
tak kan semua benda dah berkenan terus kena beli.
nak la jugak ambik gambar, balik rumah tengok, kalau sampai termimpi-mimpi baru beli. ye dok?


*aku bukan nak kata tapi memang obvious member aku ni dah boroi. hewhew

yeww, awek single. keekee *panas line


malas dah nak cite panjang.
kbai Monkey Emoticons


Friday, December 9, 2011

masa bukan anticlockwise

Assalamualaikum.
ambil masa waktu lapang, pagi, tenang macam ni untuk muhasabah diri.
bukan sekadar menyesali dan terus meratapi.
cukup sekadar untuk memperbaiki diri aku yang lemah longlai ni.


subhanallah.
besar sudah mak abah mendidik, mengasuh aku.
pernah cuba aku bangun dan berfikir.
apa aku sudah menjaga aib mereka dengan baik.
apa aku sudah menjaga diriku sebaik mungkin sebagaimana mereka lakukan.?
entahlah aku tak pasti.
aku cuma mencuba, sebelum aku menjejak ke tittle lain.
menjengah tanggungjawab baru.


masih terasa diri di dukung tika tidur di ruang tamu oleh tubuh sasa abah.
masih terasa rambut disikat tangan halus mak.
masih terasa kaki meronta minta di buat susu oleh abang.
aku masih terasa.
tapi akhir bulan ini, aku mengintai ke satu tahap.
tahap usia aku bukan lagi belasan.
Allah, cepat masa berlalu.


buat sahabat.
terima kasih untuk kepercayaan yang diberikan.
Alhamdulillah, aku cuba menjadi pendengar setia.
penasihat sekadar termampu.
di tambah dengan rempah ratus naqibah-naqibah yang aku rapat.
serta insan tersayang yang aku percaya.
jua pengalaman terdahulu, melalui pembacaan dll.

menjejak usia 20-an.
bersama lah muhasabah diri, menokok tambah ibadat.
benar,
kehidupan di universiti sangat teruji dengan solat.
aku jua penah solat subuh pukul 7.
 muka memang tak boleh lupa.

menjerit tak tentu hala.

lemahnya aku, alarm pun tak bunyi.
totally depends on me to wake up.
no abah,  Cute Emoticons no mum to knock my door everyday.

soal hati,
menjejak usia 20-an kelak, cukup Allah dan orang terdekat tahu.
ia dimilikki Cute Emoticons


Ya Allah. kekalkan.


p/s : teringat pulakk entry dulu,
pernah cakap.
married your bestfriend
malu sendirian la kau alya  Cute Emoticons


Monday, November 28, 2011

kawan tiada galang gantinya tau



Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa² maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik.. seharusnya kita DIAM.. namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.. berkatalah sehingga mereka DIAM.. 

hmm,sahabat,aku ingin memilih utk berkata dalam menegur
lantaran kau sahabatku
,tp aku rasa,
diam itu lebeh baek saat ini..
aku lemah dalam memberi teguran.
amarahmu melampau, xmalukah kau selepas itu? 
tidak menyesalkah kata2 nista yg kau ucapkan pada sahabatmu sndiri..
yang dulunya penah kau peluk, 
penah kau bonceng motor bersama, 
jua pernah kau kongsi segelas minuman..
pernah kau minta untuk sokongan tatkala kau sedih, marah, dendam
jua tidak puas hati pada insan lain selain dia.
kau kongsi segalanya dengan dia.

jangan kau rosakkan apa yang kau bina gara-gara satu kesilapan yang bisa kau tegur.
bisa kau ucapkan, bisa kau hulurkan kata-kata maaf selepas amarahmu reda.
jangan kau rela, 
diri kau dikuasi satu perasaan yang diinginkan musuh agamaMU.
kerana sesungguhnya.
kau lah yang lemah tatkala kau tumbang, tempang mengawal marah.

belajarlah untuk

dan berdoalah agar

kita kekal selamanya.
ingatlah

perjalanan kita masih jauh.

wasalam.

Sunday, November 27, 2011

thanks viva 1014

toinkk toinkk..
kalau ada ternampak viva TBA 1014, tolong ucapkan terima kasih manyak-manyak sebab tolong 
ceriakan hari aku dengan member-member muka kelaparan makan angin ye.


kami yalan-yalan pusing terengganu for the whole day.
memang tak ingat apa dah, thank God aku tak ada keje hari ni.
or else, i'll busy for choir activities.
its always be a barrier between my responsibilities and have fun with my friends :(

sadis right. 

euwww..jom layan gambar seket.




 this one at pasar payang.
ada cerita di sebalik penyu-penyu tu.
kami kena marah kat makcik tu, member aku dah hampir nakbeli dah 2 ekor.
sekali kena marah, hangin member aku.
cancel terus!
hape ke pe'el ( perangai ) la penjual camtu, marah-marah customers.
jangan jadi penjual kalau tak tahu jaga hati customers okey.
*aku pun takot gak kat makcik tu. naseb la member kena,
kalau aku..errrr..entah ape jadi.
bunuh diri mungkin..oh tidakkkkkkkk!



ni ni kat batu buruk.
tengah cari makan, pilih kedai bersih-bersih seket.
penting tuh, 
tapi last-last kami makan jugak air kelapa gula tak hancur.
tension betul, menjual untuk untung semata-mata
*sekali lagi, marah kepada penjual


teringin gile nak naik moto kecik tu, sekali harga nak kasi mampos orang.
terus blah, duit melayang kes benda ni, memang tak la.
kalau berbaloi takpe jugak.
ni RM15 hengget untuk 15 minit.
mintak maut apa dengan aku, singgit seminit.




eda kena kejar ombak =.=




 geram dok?
tidak? anda tiada deria. =.=




 do alert those kain above 200++ thankyou
tapi cantek gile, seriously, buat hantaran ok laa.
ni saje-saje, memang berkulat dalam almari aku la,buat pekasam nak pakai sayang.


kim and yus ^^,

dah la, fenat.
balik dulu..
Assalamulaikum, btw..
salam maal hijrah readerss..