Monday, November 28, 2011

kawan tiada galang gantinya tau



Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang² kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa² maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik.. seharusnya kita DIAM.. namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.. berkatalah sehingga mereka DIAM.. 

hmm,sahabat,aku ingin memilih utk berkata dalam menegur
lantaran kau sahabatku
,tp aku rasa,
diam itu lebeh baek saat ini..
aku lemah dalam memberi teguran.
amarahmu melampau, xmalukah kau selepas itu? 
tidak menyesalkah kata2 nista yg kau ucapkan pada sahabatmu sndiri..
yang dulunya penah kau peluk, 
penah kau bonceng motor bersama, 
jua pernah kau kongsi segelas minuman..
pernah kau minta untuk sokongan tatkala kau sedih, marah, dendam
jua tidak puas hati pada insan lain selain dia.
kau kongsi segalanya dengan dia.

jangan kau rosakkan apa yang kau bina gara-gara satu kesilapan yang bisa kau tegur.
bisa kau ucapkan, bisa kau hulurkan kata-kata maaf selepas amarahmu reda.
jangan kau rela, 
diri kau dikuasi satu perasaan yang diinginkan musuh agamaMU.
kerana sesungguhnya.
kau lah yang lemah tatkala kau tumbang, tempang mengawal marah.

belajarlah untuk

dan berdoalah agar

kita kekal selamanya.
ingatlah

perjalanan kita masih jauh.

wasalam.