Showing posts with label UMT tertulis untukku. Show all posts
Showing posts with label UMT tertulis untukku. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Kek runtuh tapi selamat. Aku bertuah.


Assignment pertama aku untuk kelas commercial semester 5 ni.

taraaa! introducing you my chocholate cake mousse layered with durian filling.

lucky me, tak kena repeat since this is recipe testing yang mana kalau berjaya
 (atau tak kena buat sampai berjaya, muehehehe) 
akan digunakan, diolah, dicuba oleh adik-adik juniors yang seterusnya.
Bergintu lah adat nya kami bebudak foodies.  T.T
walaupun runtuh, alhamdulillah aku selamat menyelamatkan mereka walaupun 
Cik Ijan kata tak boleh selamatkan dah T.T 
Sumpah sedih gila masa tu.


lepas 10 jam kung kang kat dapur, akhirnya siaplah makhluk tersebut.
berjaya mendarat dengan selamat dalam perut housemates yang tersayang.


muka penat kami sementara tunggu untuk dinilai oleh dua orang lelaki itu -,-"

test test.

that's it.








Thursday, October 3, 2013

for refreshment

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dah bermula perjalanan pelajar Tahun 3 semester 5 dalam bidang pemakanan ni.
Dah pandai bertatih tanpa pegangan tangan insan lain. 
Thanks Allah.
Dia tak pernah putus-putus bagi aku orang baru, hidup baru, tanpa meninggalkan mereka yang 
lama setia paut bahu bila hampir rebah.
Kehilangan tak bermaksud melupakan. 
Malah memberi definisi yang lebih bermakna, bahagia dari yang aku harapkan.
Blog ini aku tulis bila aku bahagia dengannya. 
Bahagia dengan aturanNya.
Buruk. tahu sangat.
hahaha. see ya soon.

Tuesday, January 8, 2013

siapa berusaha, dia berjaya



here you go. i'm currently busy-ing myself with books, presentation, public speaking, cooking exam whatsoever and yeahh. i'm still in the middle of this hectic situation. 
thanks to mak, abah and those who mentioning my name in their du'a. there is no hopes and helps that i can depends on other than this. 
to my coursemate, bachelor food service and nutrition, my housemate, bachelor environmental chemical science and other friends. good luck dude. 
Man jadda wa jada, waman zaro'a hasoda.


ya Allah, tika ini, hanya pertolonganMu yang ku harapkan. 
hanya Kau dan aku. Kau berkatilah perjalanan jihad ilmu Kami ini.
ameen.



Thursday, June 21, 2012

sarjana muda tahun pertama dah berlalu dengan jayanya






Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan sem 2, dunia sarjana muda tahun pertamaku di universiti yang dikenali dengan trademark ocean of discoveries, UMt. Satu kepuasan bila nak keluar dari dewan lepas aku ambil last paper untuk sem 2 ni. Tapi keluar agak awal la, sakit perut! sebab tak makan. Exam pukul 12 tengah hari pulak tu, betulbetul time aku harus menunaikan tuntutan perut, tapi terpaksa pergi ambil exam dulu. mahunya berjoget-joget kuman kelaparan. Seefisien mungkin aku belek-belek kertas tu, pastu keluar dewan pergi T-shopped. lapar kot! dah terbayang-bayang dutch lady sekolah rendah tu depan mata aku. dapat ngap yang tu je pun jadi lah. goodbye Dewan Sultan Mizan! im done.


special thanks kat roomate-roomate aku, terutamanya Syuhada Japri lah yang selalu ajar aku. course lelain tapi subject ada la seketul dua aku sama dengan dia. Biostatistic terutamanya. aku taktahu aku tanya, dia tak tahu, aku try jugak jawab. dekat coursemate-coursemate yang menyampah tengok muka aku terhegeh depan pintu bilik bila tension study. erghhh. tak nak ingat! bye


 my lovely turtles at UMt.

Thursday, June 7, 2012

warkah buat Nur Ain Najihah







kemain bunga tajuk entry. pheww. tak sangka aku. okay buat ain yang tengah membaca sesambil tangan banyak kat laptop semata nak reply every single wishes that have been posted in her wall. 
teruskan.  

semalam telah aku sekalian makhluk sekepala plan nak ambush dia. eventhough ambush biasa-biasa je, no eggs, no air longkang and etc. tapi icing cake, air blackcurrent, air paip ada. boleh lah nak buat dia sejuk pukul 11- 12 malam tu. gambar banyak yang azabb nak tengok. lighting bla bla tak cukup. tapi tak kesahlah.
yang penting, berjaya buat dia azabb. habis spray net diorang ganyang. tak cukup muka, badan icing kena tempek. sumpah busuk, nak muntah bau. tak kira lagi yang aku dengan syu lari keliling blok Ibnu Majah kena kejar dengan Ain. erghhhh. exercise free!

ingat nak upload gambar, pastu sekali budak yang lagi satu bilik tu buat video, yang semua gambar diaorang tebeng kat situ, so nayyy. tengok jelah. thankyouuu kerana kerajinan tu. aishh. sempat lagi edit video di musim exam. #terharu padahal bukan birthday aku. ciss!





special thanks kepada yang sudi korbankan masa, tenaga jadi driver kereta untuk aku dan adawiah ke bandar untuk beli cake, and membuang masa. so sorry. #with big heart! bantuan dihargai sangatt. akan diingati sangatsangat. lastly. 

sebelum ain disimbah air.




aku super nakal ke? on the way nak siram air kat ain masa tu. dalam tu, ada icing dengan air blackcurrent. 
haha. okbye! doakan aku. esok baru second paper untuk final. erghh.. masa tolonglah cepat sikit.


Wednesday, May 30, 2012

alhamdulillah sepagi bersama Ustaz Don



Dakwah adalah cinta. Cinta akan meminta semuanya dari dirimu.


Alhamdulillah, pagi ni aku bangun je terus bersungguh nak siap-siap mandi dengan cerdasnya. Julung kali pe'el aku nak secemerlang ni. Tapi masa iron tu ada la syaithon-syaithon kecil lagi halus bisik, 
" Betul ke nak pergi ni, karang letih pulak, kelas pukul satu, program habis pukul 12 tengah hari, tung tang tung tang, ada la makan sejam pulak. Lepas tu nak lari-lari pergi kelas Nutrition, dah la last day study, kot-kot lecturer nak bagi tips ke apa untuk final. Mati aku kalau orang lain pergi kelas, aku ter-skip. Sayang. Yang ruginya aku "

tooo dia monolog dalaman aku kemain panjang. memang aku fail bab-bab merajinkan diri. Tapi lepas teringat post kawan-kawan malam tu, kemain ajak, tagged di facebook, rasanya ada sebab Allah buat menda tu jadi. okey sett. Aku pergi! Semata-mata demi program ni.


Alhamdulillah dalam 830 am tu dah ada kat Dewan Sultan Mizan (dsm). Tengok preparation last, tengok bas-bas luar datang, tengok orang luar pun datang. program ni terbuka kepada orang awam jugak. Rasa free, kami lagi free nak layan tetamu ke majlis ilmu ni. makcik-makcik, pakcik-pakcik dah bertongkat pun semangat senah oi datang. Malu lah budak muda duk terbongkang atas katil kat hostel masa program ni berjalan tadi. 

Dari awal sampai akhir, lawak je memanjang. penat aku gelak, sampai sakit perut, meleleh air mata aku. Spontan betul. Hensem tu toksah habaq lah, dengan tie merahnya. Meriah makk!
Intipati program ni, panjang la, dua jam kot, mati aku nak cerita satu-satu. nanti InsyaAllah ada la tu, staff Umt ke apa upload kat youtube. Hope so. CD kosong takde tadi nak mintak copy. Fail betul, macam mana boleh lupa nak bawak. aigooo!




mereka dahagakan makanan rohani juga :) macam aku.





ite tak boleh tangkap gambar. ite tak nak rebut-rebut. ite boleh tengok je >,<




hahh. Mampu kau si perempuan yang tak besar sangatttt nak tembus orangorang tu.  Tu pun aku ambil gambar masa orang dah surut sikit. Nak bergambar lah, autograf lah. aku? nak tengok pon tak boleh. 




AhliJawatanKuasa 


Selamat tinggal Ustaz. datang lagi. Terima kasih untuk ilmu. InsyaAllah akan dimanfaatkan. Terutamanya pasal niat sebelum tidur. Tak lupa tak lupa! InsyaAllah! lebih-lebih lagi yang ni.






#Ustaz, kita pakai colour yang sama lah >,< hakhak. okbye!

Assalamualikum dunya.

Monday, May 14, 2012

second performance at Taman Tamadun Islam




 muehehehe. lama sangat tak update blog ni. twitter, facebook, ym, whatsapp je yang aku duk hadap tiap-tiap hari.  nak nak musim exam dah sipi-sipi dengan aku. alahaii. strees nak mai dah, nak mai dahh. ouh tadi aku baru pergi perform untuk voice of harmony punya team. azabb jugak lah, since kali ni melibatkan Sultan dengan Sultanah Terengganu. (malas nak eja nama panjang diorang seyh, plus aku memang tak ingat )







event ini sempena MASUM, which is stand for majlis sukan something like that la. peringkat universiti. So semua universiti yang ada dalam malaysia ni pakat datang la. untuk yang lambat berfikir, tak la semua wargadiorang tu datang kann. melampauu *nada pondan. hikhikhik >,<
kiteorang pilih lagu "we are the champion" yang tak berapa nak champion sangat. biar kasi rasa sikit semangat sukan tuh walaupun muka yang menyanyi sorang sorang, lari pecut 100meter pon dah pengsan. ada hati nak lawan atlet sukma. perghhh. tersiat hati aku. badan berketul-ketul youu.

Sultanah Nur Zahirah bagi aku cantik la, da bomm. sejak balik terengganu ni, tembam sikit. alahai. tengok ikut tv preview kat backstage, woww jugak lah. nak salam semua memang tak la kann. dengan baju ala-ala waiters. tension aku!
 suprisingly, masa tengah ada umphhh nak nyanyi tu, sekali jeling kat sultanah. perghhh. apa kat tangan dia tu. weh weh wehh. dia rakam seyh.. control! control! ha puuuuu.. haaa puuuu... sedut asap buatan yang menyukarkan pemandangan aku. alhamdulillah, everything gone nicely.





risau ada orang kat belakang. kang mata, hidung, pipi anak orang semua nampak separuh. nanye den.





shaking. okay la, semua nampak senyum. 
#senyuman itu sedekah, tapi kalau untuk mengatal baik tak payah. hikhik. nak jugakkkk!






tunang di tangan 








Friday, March 9, 2012

teramat lama tak tulis blog kan. since mula datang UMt then sekarang baru gedik nak buka lagi.
 oh noo  

ini pun terasa sangat malas. tapi for the sake instead of losing those picture, better i'm uploading
faster as i could. then get blah right. tehee 

hokeyy. hari tu aku join choir untuk sekalian kalinya lagi and this time my first experience of having
outdoor performance and it was super great.
layan gambar terus boleh tak? 









mereka sangat comel bersama. funny gila masa shoot yang ni.














tak tahu la apa jadi kat gambar ni. blur je
mereka dengan azri HotFm

ini kumpulan nasyid UMt




well done for this event!

next kat bawah gambar masa the great gender debate event.
program ni dah lama dah, baru nak upload.
in case gambar hilang, aku tak meroyan lah kann.




tu je untuk update paling malas kali ni.
by : orang malas