Assalamualaikum.
ambil masa waktu lapang, pagi, tenang macam ni untuk muhasabah diri.
bukan sekadar menyesali dan terus meratapi.
cukup sekadar untuk memperbaiki diri aku yang lemah longlai ni.
subhanallah.
besar sudah mak abah mendidik, mengasuh aku.
pernah cuba aku bangun dan berfikir.
apa aku sudah menjaga aib mereka dengan baik.
apa aku sudah menjaga diriku sebaik mungkin sebagaimana mereka lakukan.?
entahlah aku tak pasti.
aku cuma mencuba, sebelum aku menjejak ke tittle lain.
menjengah tanggungjawab baru.
masih terasa diri di dukung tika tidur di ruang tamu oleh tubuh sasa abah.
masih terasa rambut disikat tangan halus mak.
masih terasa kaki meronta minta di buat susu oleh abang.
aku masih terasa.
tapi akhir bulan ini, aku mengintai ke satu tahap.
tahap usia aku bukan lagi belasan.
Allah, cepat masa berlalu.
buat sahabat.
terima kasih untuk kepercayaan yang diberikan.
Alhamdulillah, aku cuba menjadi pendengar setia.
penasihat sekadar termampu.
di tambah dengan rempah ratus naqibah-naqibah yang aku rapat.
serta insan tersayang yang aku percaya.
jua pengalaman terdahulu, melalui pembacaan dll.
menjejak usia 20-an.
bersama lah muhasabah diri, menokok tambah ibadat.
benar,
kehidupan di universiti sangat teruji dengan solat.
aku jua penah solat subuh pukul 7.
muka memang tak boleh lupa.
menjerit tak tentu hala.
lemahnya aku, alarm pun tak bunyi.
totally depends on me to wake up.
no abah,
no mum to knock my door everyday.
soal hati,
menjejak usia 20-an kelak, cukup Allah dan orang terdekat tahu.
ia dimilikki 
Ya Allah. kekalkan.
p/s : teringat pulakk entry dulu,
pernah cakap.
married your bestfriend
malu sendirian la kau alya 










