Thursday, June 21, 2012

sarjana muda tahun pertama dah berlalu dengan jayanya






Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan sem 2, dunia sarjana muda tahun pertamaku di universiti yang dikenali dengan trademark ocean of discoveries, UMt. Satu kepuasan bila nak keluar dari dewan lepas aku ambil last paper untuk sem 2 ni. Tapi keluar agak awal la, sakit perut! sebab tak makan. Exam pukul 12 tengah hari pulak tu, betulbetul time aku harus menunaikan tuntutan perut, tapi terpaksa pergi ambil exam dulu. mahunya berjoget-joget kuman kelaparan. Seefisien mungkin aku belek-belek kertas tu, pastu keluar dewan pergi T-shopped. lapar kot! dah terbayang-bayang dutch lady sekolah rendah tu depan mata aku. dapat ngap yang tu je pun jadi lah. goodbye Dewan Sultan Mizan! im done.


special thanks kat roomate-roomate aku, terutamanya Syuhada Japri lah yang selalu ajar aku. course lelain tapi subject ada la seketul dua aku sama dengan dia. Biostatistic terutamanya. aku taktahu aku tanya, dia tak tahu, aku try jugak jawab. dekat coursemate-coursemate yang menyampah tengok muka aku terhegeh depan pintu bilik bila tension study. erghhh. tak nak ingat! bye


 my lovely turtles at UMt.

0 comments:

Post a Comment