Thursday, November 15, 2012

Allah, beri aku ruang tunaikan janji

memaafkan di ucap oleh sang mulut itu bohongan hati, memaafkan yang terdetik oleh sang hati juga keikhlasan yang hakiki. Biarkanlah alyaa, jangan ambil peduli lagi setelah memaafkan, teruskan perjalanan hidup kamu dengan meninggal kisah silam itu di perhentian lepas. 
Allah The Best Planner
Pernah aku merancang bersama kamu. Mengatur masa depan kita sendiri. Kemudian dek peristiwa itu, aku cuba lagi mengikut rentak kamu, yang mahu ia berakhir dengan hampa. kecewa. tapi ketahuilah, kamu pendengar yang setia. Cukup untuk menyentuh hati kecilku. Ya Allah, jiwa aku pernah merasa tenang bersama dia, hadirkanlah jua hal yang sama dalam diri dia. Ya Allah, pernah aku dengar dia menangis keranaku, bahkan aku, jiwa yang penuh kotor jua melakukan hal yang sama. Ya Allah, bermaknakanlah kesedihan itu kelak, jadikanlah kami boleh ketawa bersama mengenang peristiwa yang demikian itu. Jangan kau akhiri perjalanan yang singkat cuma itu, dengan sesuatu yang merugikan kami. Moga dia tahu, aku tunggu khabarnya, hingga ke akhirnya. - MAA

0 comments:

Post a Comment