Wednesday, February 15, 2012

result semester satu. another seven sem waiting



hari ni result exam semester satu aku keluar. ye ye aku tahu.
sangat teruk. ok bukan teruk teruk yang paling teruk tu.
tapi teruk lah. hahaha.
teruk bagi definisi aku. kalau teruk yang betul-betul teruk tak ada nye aku nak hadap blog ni dulu.
mesti lah dah terguling-guling hentak-hentak kaki.
by the way tu cara aku pasrah secara fizikal ye.
secara mental, aku masih waras seperti korang. tenang-tenangkan hati dengan si Dia 

fuhhh..sangat berdebar-debat masa klik link tu.
tak senang duduk aku. sekali buka tu, alhamdulillah.
penyakit hati berdebar, kesejukan kaki tangan dan macam-macam lagi tak ada dah 

alhamdulillah aku dah habiskan satu sem dengan sebaiknya dalam course ni.
berjalan tanpa henti walaupun di tengah-tengahnya ada duri tajam, kaca bertaburan
yang aku kena pijak sehingga terhinyut-hinyut kaki menuju satu destinasi.
kalau tak rasa kesakitan tu, tak ada lah rasa pahit manis belajar ni.
tahu-tahu dah sampai dah. tak rasa pape.

syukur-syukur. kebergantungan semuanya aku serahkan pada Dia.
kadang-kadang ada je orang berusaha bagai nak rock.
tapi keputusannya biasa-biasa je, tak pun teruk sedangkan dah usaha dah.
ada juga usaha last-last minit, tapi result gempak.
the best words to describe.
we didn't get what we want or aim for.

sedih? tipulah tak.
mahunya aku menangis sekarang ni jugak. mahu tu mahu ini.
non-stop demand.
tapi bila fikir-fikir balik. sedih tu perlu, boleh. kadang-kadang elok.
tapi bila dalam keadaan melampau, you know that.
ia jadi sama macam fats or something yang perlu, penting dalam badan.
tapi dalam kuantiti yang banyak, melampau-lampau kuantitinya.
its be poison. should be carried out from our body.

ehemm dah lah. penat muhasabah diri. heee.
teruskan kebergantungan kita kepadaNya.
InsyaAllah.








0 comments:

Post a Comment