Tuesday, January 10, 2012

tudung #1


“Dari sekolah agama ke?” 
“laaa..ingatkan ambik course Arab..”
“Anak tok imam ke??”
“Macam mana boleh tergerak nak pakai tudung labuh?"
antara pandangan-pandangan mahupun soalan yang sering diajukan apabila seorang gadis biasa mula mengatur langkahnya ke dunia lebih luas pandangan ke arah kehidupan Islam.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran buat ALLAH, pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Tuhan yang Maha mentadbir sekalian alam. Maha pemberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.  “Alhamdulillah…semuanya dengan izin ALLAH..” 
Tu lah mungkin jawapan terbaik yang boleh diberi.. kadang-kadang, senyum je. ^^, Fitrah manusia, akan sentiasa berhajat kepada kebaikan dan perkara yang terbaik..
Setiap kali bersama sahabat-sahabat ketika di matrikulasi, aku rasa betapa kerdil dirinya..ALLAH..jauh beza kalau nak dibandingkan dirinya dengan sahabat yang lain..perasaan rendah diri sentiasa membaluti hati..
Setahun berlalu hidup aku di matrik..dan syukur sekali lagi kerana ALLAH sudi memilih aku untuk meneruskan pengajian di universiti pilihan hati.. Syukur dipanjatkan kepada ALLAH, kerana sudi menempatkan dirinya bersama insan-insan solehah lagi..makin bertambah rindunya untuk bertudung lebih labuh..tapi hati masih lagi tak kuat. Di akhir semester 1, Aku agak berani ke depan..
Terimbas kembali zaman aku di darjah 6 pada suatu malam tu. Allah. Malu rasanya, malu meluahkan, tapi tu lah hakikat kejadian. Aku menolak dari masuk ke sekolah beraliran agama, dengan alasan kakak ku dulu turut masuk, hasilnya kurang menyenangkan. Singkat sugguh pemikiran. hmm.
Namun sepanjang azamku ini, banyak sugguh dugaan, peneman airmata tak kurang hebatt. hebat! cukup hebat. Hati harus bersedia. Sedia untuk disakiti  :)
kemudian aku berubah kepada pemikiran, cukuplah sekadar melabuhkan lagi menutupi dada itu. Bukan tak nak, namun tak terdaya lagi menerima dugaan lebih hebat. sekadar yang tahu sahaja sudah ada yang mematahkan rantai harapan untuk terus berubah. lantas aku berakhir dengan konklusi di situ. buat yang sekadarnya sahaja. :quizzical: *tunduk malu.
Sungguh..nikmat ketenangan memakai tudung lebih labuh sangat luar biasa..terasa diri selamat di balik sehelai kain itu.. Alhamdulillah “Ya Allah..ikhlaskan hatiku dengan jalan yang dipilih..sesungguhnya semuanya adalah untuk mencari redha MU..istiqamahkan langkahku ya ALLAH..Sesungguhnya tiada lain yang ku damba..hanya keredhaan Mu agar mengiringiku di dunia dan akhirat.. perelokkanlah akhlak ku jua seiring dengan eloknyanya apa yang terzahir..Tambahkan ilmu ku..kuatkan daku untuk beramal dengannya.. moga ada manfaat yang mampu ku curahkan buat ummah dan agama MU.. buat sahabat-sahabat yang banyak membantu..moga ALLAH membalas yang setimpalnya buat kalian..Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik Pembalas kann.?
walaupun kita tak datang dari sekolah agama, asas pun kurang, keluarga pun biasa-biasa je, do remember.
"memang kita tak boleh pilih siapa keluarga kita, tapi kita boleh ubah bagaimana keluarga kita"
‘ALLAH tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya yang berhajat kepada kebaikan..’
Tudung labuh bukan untuk ustazah je..bukan untuk pelajar sekolah agama je..tapi menjadi kewajipan untuk wanita islam yang mukallaf untuk menutup auratnya dengan sempurna.
p/s : anggaplah sekadar cerita :D
setuju? Animated Emoticons





1 comments: